Betapa sukar aku nak katakan kerana inilah anugerah dari Allah S.W.T yang tiada ternilai harganya.. Takkan dapat di beli dengan wang ringgit mahupun nyawa manusia.. Ianya tetap anugerah dari-Nya, ciptaan-Nya untuk makhluk di dunia... Dan Dia amanatkan pada kita sebagai umat-Nya menjaga harta-benda kepunyaan-Nya ini dengan baik dan janganlah kita persia-siakan serta cermarkan ia dengan pelbagai kekotoran yang mencacatkan pandangan anak mata kita ... Sungguh menajubkan... Inilah yang buat diri hamba-Nya bersyukur dan redha dengan apa yang kita miliki di dunia ini walaupun hanya sementara yang dipinjamkan oleh-Nya pada kita semua....
Saat hati dan jiwa bergelora, inilah tempat aku menghilangkan segala kesakitan yang aku hadapi... Hanya melihat keindahan ini akan terubat segala kelukaan dan kesakitan dalam diri ku.. Sesungguhnya aku berkata benar dan aku berkata sedemikian kerana ianya datang dari lubuk hatiku... Tapi semua ini kalian boleh menilaiinya sendiri...Kunjungilah Waterfront Kota Kinabalu untuk menikmatinya sendiri, carilah ketenangan anda disini... Kawasan ini kelihatan indah sekitar jam4.00pm -> jam7.00pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan