Harap korang sentiasa dalam keadaan sihat selalu dan sentiasa happy tak kira di mana jua anda berada... Hurmmm seperti yang aku janjikan kini tibalah masa untuk sharing story apa yang aku dapat time pergi Street dengan kawan-kawan yang seangkatan dengannya di Gaya Street ( Tamu Gaya Street, setiap hujung minggu ).... Best gila di sini...
Bukan setakat orang tempatan berniaga di sini tetapi ada juga aktiviti yang akan di anjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan negeri Sabah. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti menyanyi, bermain alat muzik tradisional, bersajak dan macam-macam lagi laaa...
Selain itu juga pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat di sini..
Best sebenarnya lihat gelagat-gelagat mereka.. Terhibur rasa hati bila melihatnya..
Rasa-rasanyalah aku tersenyum sendiri melihat gelagat mereka hahahaha...
Tapi di samping itu juga banyak pengajaran yang dapat kita praktikkan daripada apa yang kita lihat dan inilah makna KEHIDUPAN YANG SEBENAR.... Aku jadikan ini sebagai ROLE MODEL utk panduan aku dalam menjalani hidup sehari-hari... Ini adalah "PERIHAL HIDUP MANUSIA"
Cuba anda perhatikan gambar di bawah ini dan bayangkan bagaimana kehidupan anda apabila usia telah meningkat... Adakah kita masih larat dan berkesempatan berjalan-jalan seperti mereka yang telah berusia??... Renung-renungkan..

Jadi apakah pandangan anda??.. Biarlah anda jawab dalam hati masing-masing... Seterusnya cuba anda fikirkan dan renungkan pula gambar seterusnya...

Apakah pendapat anda dengan gambar tersebut??... Dapatkah anda rasakan apa yang aku rasakan??.....

Bagaimana pula dengan gambar di atas ini... Dapatkah anda rasakan kesusahan yang mereka lalui... Mereka berusaha untuk meneruskan kehidupan mereka seharian...
Bertungkus lumus mencari sesuap nasi... Bayangkan kehidupan mereka dan bandingkan kehidupan remaja kini, adakah mereka terfikir "MASA ITU EMAS" dan berharga? Adakah mereka sanggup harungi kehidupan sedemikian seperti insan yang ada dalam gambar tersebut??.. Semestinya tidak... Segelintir remaja hanya fikirkan hiburan dan berseronok sahaja (Ingat nak enjoy sahaja).. Mereka tidak akan terfikir mengenai betapa pentingnya "MASA dan KEHIDUPAN".. ( segelintir remaja, bukan semua )...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan