Halaman

Snow


Isnin, 6 Jun 2011

Tragedi Double Six, 6th Jun 1976



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Ada kawan-kawan yang mungkin tidak tahu apa itu Tragedi Double 6.
Kisah nihh kita share2 jelahh aek... Lagipun kisah ini dikongsikan untuk peringatan pada hari ini iaitu 6 Jun 2011

Secara ringkasnya, Double 6 Tragedy ini menjadi tragedi setelah berlakunya nahas kapal terbang pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Come on la, tidakkah kamu rasa tragedi tersebut merupakan KONSPIRASI?





Aku masih belum lahir pada masa itu, tapi cerita berkenaan Double 6 masih segar di kalangan keluarga dan sahabat handai Tun (sedih pulak ungkit cerita lama ni…). Ada teori yang boleh kita search dari internet (mengikut cerita orang) kononnya pesawat tersebut kehabisan petrol dan terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan, ada juga yang menuding jari berpunca kelalaian juruterbang, manakala Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan. Apa pula pendapat kamu semua? Tidakkah teori mereka itu SANGAT MERAGUKAN apabila kotak hitam tidak dijumpai??!!! Cuba fikir baik-baik. Siapa yang berkepentingan dalam hal ini?

Korban Tragedi Nahas:
1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)


Mengikut cerita lisan yang saya dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Tun mempunyai banyak syarat dalam kemasukan Sabah ke dalam Malaysia. Negeri kita tidak semiskin ini kalau Tun tidak meninggalkan rakyatnya lebih awal…

Mengikut perkiraan aku pula, mungkin ada pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri untuk singkirkan Tun demi untuk mendapatkan kepentingan minyak dan sumber dari Sabah termasuk kayu balak yang banyak (tanyalah pada Ku Li bertapa kayanya Negeri Sabah ketika itu). Tidak mustahil jika ada pihak yang mahu singkirkan Tun dengan cara paling cepat dan hapuskan bukti begitu saja. Kalau boleh, dalam sejarahpun tidak dikenang. Sialan kan?

Persoalan saya masih belum terjawab. Kalau tragedi tersebut merupakan kemalangan, maka kotak hitam boleh menjadi bukti (malangnya kotak hitam tidak ditemui). Kalau ia merupakan konspirasi, siapakah dalang di sebaliknya? Ada berani jawab?


UPDATE (Thanks for xccal from sabahforum.com)




Arrow point to the place of old kk airport.




2 teams of experts doing investigation on crashed plane.




searching…?




Body of crashed plane.



Discussion..?






Body of crashed plane view.






Pay their last respects before burial in accordance with their religious

1 ulasan:

  1. Kak sy xberapa faham dgn kontroversi ini .. (Sorry to say this) macam xda kena mgena dgn 666 and apakah yg dimksudkn dgn kotak hitam & apakah itu kotak hitam ?

    BalasPadam