Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat semua kengkawan yang tak pernah lupa untuk menjenguk blog Leha... Ehh tak lupa juga nak ucap Salam Kemerdekaan tanah air tercinta Malaysia kerana telah menyambut hari ulang tahun kemerdekaan kali ke-54.. Tahniah Leha ucapkan dan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberikan kita ruang untuk menyambut hari berbahagia ini, dahlah raya aekkk pastuhh skali gus dengan hari Kemedekaan negara kita yang tercinta...
Ohh berbalik kepada tujuan asal Leha iaitu nak share mengenai lagu ke-2 ciptaan Leha baru2 nihh... Alhamdulillah dahh settle lagu yang kedua... namun lagu yang ke3 akan menyusul tak lama lagi.. Insyallah sekiranya usia masih panjang dan Allah s.w.t berikan kita usia yg panjang dan diberikan kesihatan yang baik ada jugakk laahh menyusul nanti ok... :)
Hurmmm lagu ini mengisahkan kisah hidup remaja dan menyeru remaja agar tidak membazirkan usia remaja... So Leha berikan nama lagu nihh dengan judul lagunya "REMAJA"... Then, kat bawah nihh Leha Share lirik lagunya ok.
Doakan Leha agar punyai inspirasi yang lebih banyak lagi okey... ^_^
Lagu : Remaja
By Saleha Daimin
Duhai remaja…
Tak usah engkau membuang waktu
Perjalanan hidupmu baru bermula….
Dugaan hidup sebenar baru bermula…
Duhai remaja…
Jangan sia-siakan detik remaja mu..
Ingatlah rintangan hidup baru beraksi..
Liku kehidupan sebenar akan kau temui…
[Bridge]
Gunakan masa remajamu dengan sebaiknya
Elakkan membuang waktu… Usah bazirkan masa…
Corakkanlah hari remajamu..
Dengan perkara yang bermanfaat pada hidup kelak….
Duhai remaja…
Hargailah detik bahagia remaja..
Gunakanlah sebaik-baiknya masa remaja mu..
Agar tidak menyesal di hari tua..
Menyesal kemudian takkan berguna..
Masa remaja takkan kembali setelah berlalu…
Kerana masa remaja hanya sekali dalam seumur hidup kita…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan