Halaman

Snow


Selasa, 14 Februari 2012

My Pre-Wedding Collections

Assalamualaikum & hallo everybody.. Sorry coz Leha lama menghilangkan diri dalam menghasilkan karya terkini mengenai kehidupan dunia fotografi nihhh.. Then, apa yang Leha nak kongsikan dan paparkan gambar pada kali ini adalah gambar Pre-Wedding pertama yang Leha rasa puas hati dari segi moment-nya dan ekspresi daripada pasangan tersebut... :)
Berikut merupakan gambar beberapa gambar yang sempat Leha kongsikan pada kisah kali ini...








Sabtu, 15 Oktober 2011

My Children Potrait Collections

Assalamualaikum and morning ya all..
Hehee so today, bibey mau share about potrait budak2 yang bibey simpan..
Mangsanyaa adalahh anak2 buah bibey... Hukkkhukkk bibey endakk deraaa tapi sejaa geram bahh dengan dorang.. Sebab apaa COMEY bahhh.. eiiiiiihhh..
Ok selamat melihat dan JANGAN KOMEN (ekekekekekkkkekekekkkkk :p ) ~ jOKING MOOD ARHHH
Jangan marah2.. :p








Talent Children : ZaQuan
Lokasi : Kundasang, Sabah.
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Jumaat, 14 Oktober 2011

Mr. Winnei The Pooh Bear...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia peepsss..
Heheheheh Sejaaa mau share gambar Mr. Pooh yang comel... ekekekekekekek
Sorry kalau xda santekkk arhh ekekekekekkkk.. :)


Rabu, 12 Oktober 2011

STILL LIFE

Assalamualaikum and morning peepsss...
Pagi yang mulia ini, bebey mau share pengenai karya Still Life..
Hehehehe.. Bebey bukalah arif & profesional sangat perihal kamera nihhh.. Tapi bolehlah sedikit...



Kategori : Still Life
Camera Canon 500D
Shutter Speed : 1/500 | f5.6 | ISO 200


_____________________________________________



Kategori : Still Life
Camera Canon 500D
Shutter Speed : 1/250 | f8 | ISO 400

Selasa, 11 Oktober 2011

The Creative & Experimental From My Lensa

Assalamualaikum and hollaaaaa my fellow prens...
Heheheee sorry dah lama ku menghilang...
Ok, today Bebey nak share dgn korang tentang gambar KategorI
CREATIVE & EXPERIMENTAL PHILOSOPHY...

Apa itu CREATIVE & EXPERIMENTAL PHILOSOPHY???
Tentu korang tau kan... So, bibey mau share gambar yang bebey dahhh amek nihh...
Sorry laaa kalau tak cantikk yeee...




Kategori : CREATIVE PHILOSOPHY©
Exif Data
Camera : Canon DSLR 500D
Shutter Speed 1/200 | f5.6 | ISO 3200
[Cubaa korang teka benda apakah ini?]







Kategori :EXPERIMENTAL PHILOSOPHY©
Exif Data
Camera : Canon DSLR 500D
Shutter Speed 1/8 | f5.6 | ISO 1600

[Sesuai dilakukan pada waktu malam sahaja]

*Selamat mencuba yahhh.. T_T

Selasa, 6 September 2011

Ku Nanti - Lagu Ciptaan Ku yang Ke-3 ...

Assalamualaikum dan haihaihaiii semuaaa... Hehehe Akhirnya dah siap lirik lagu Leha yang ke-3... Terima kasih atas sokongan korang semua tau... Tanpa korang tak terhasilnya karya Leha nih dalam bidang seni... So layan lagu nihh yeee....

Lagu : KU NANTI
By Saleha Daimin

Seringkali ku terkenangkan
Perasaan kasih ku kepada mu..
Bila you jauh dari hidup ku..
Resah hati ku…
Sayang.. Mengapakah..
Hati ini perit bila terkenangkan kamu…
Amat merindu mu….

Ku terkenangkan detik itu…
Di waktu cinta hadir dalam hati…
Ketika aku keseorangan…
Dan hadirnya kamu…
Sayang.. mengapakah..
Amat sukar ku melupakan mu..
Hapuskan cintamu…

[Bridge]
Akan ku simpan…
Cinta ini hanya untuk kamu….
Walau diuji penuh dugaan…
Kerana ku tahu jalan hidupku…
Ku redha segala apa yang akan diperkatakan…
Takkan gugur airmata ini…
Akan ku harungi hari-hari yang mendatang..

Lagu ciptaan yang ke-2

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat semua kengkawan yang tak pernah lupa untuk menjenguk blog Leha... Ehh tak lupa juga nak ucap Salam Kemerdekaan tanah air tercinta Malaysia kerana telah menyambut hari ulang tahun kemerdekaan kali ke-54.. Tahniah Leha ucapkan dan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberikan kita ruang untuk menyambut hari berbahagia ini, dahlah raya aekkk pastuhh skali gus dengan hari Kemedekaan negara kita yang tercinta...

Ohh berbalik kepada tujuan asal Leha iaitu nak share mengenai lagu ke-2 ciptaan Leha baru2 nihh... Alhamdulillah dahh settle lagu yang kedua... namun lagu yang ke3 akan menyusul tak lama lagi.. Insyallah sekiranya usia masih panjang dan Allah s.w.t berikan kita usia yg panjang dan diberikan kesihatan yang baik ada jugakk laahh menyusul nanti ok... :)

Hurmmm lagu ini mengisahkan kisah hidup remaja dan menyeru remaja agar tidak membazirkan usia remaja... So Leha berikan nama lagu nihh dengan judul lagunya "REMAJA"... Then, kat bawah nihh Leha Share lirik lagunya ok.
Doakan Leha agar punyai inspirasi yang lebih banyak lagi okey... ^_^


Lagu : Remaja
By Saleha Daimin

Duhai remaja…
Tak usah engkau membuang waktu
Perjalanan hidupmu baru bermula….
Dugaan hidup sebenar baru bermula…

Duhai remaja…
Jangan sia-siakan detik remaja mu..
Ingatlah rintangan hidup baru beraksi..
Liku kehidupan sebenar akan kau temui…


[Bridge]
Gunakan masa remajamu dengan sebaiknya
Elakkan membuang waktu… Usah bazirkan masa…
Corakkanlah hari remajamu..
Dengan perkara yang bermanfaat pada hidup kelak….


Duhai remaja…
Hargailah detik bahagia remaja..
Gunakanlah sebaik-baiknya masa remaja mu..
Agar tidak menyesal di hari tua..
Menyesal kemudian takkan berguna..
Masa remaja takkan kembali setelah berlalu…
Kerana masa remaja hanya sekali dalam seumur hidup kita…

Rabu, 10 Ogos 2011

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif

The First Lyirics (Only For You)

Assalamualaikum dan salam sejahterah buat semua...
Sorry ye dah lama Leha tak share cerita dengan korang dan masih tak terlambat lagi untuk Leha ucapkan
Salam Ramadhan buat semua saudara serta saudari yang beragama Islam.. Hahhh Puasa tuhh jangan tak puasa tau melainkan memang ada masalah (especially kaum Hawa nihhh heheehehhe)...

So berbalik kepada tajuk cerita "The First Lyirics" , hurmmm sebenarnya Leha tengah sibukk dokk fikir pasal nak siapkan lirik pertama leha (dalam bahasa inggeris, harap tak ada yang salah laa tuhh hehehehe)..
Tajuk yang Leha bagi untuk lirik ini adalah "ONLY FOR YOU" , dan lirik ini tercipta semasa Leha mengenali seseorang..
So lagu/lirik lagu ini sebenarnya khas untuk dia... Tapi, never mind-lah kan.. Biarlah Leha berkarya dan share sesuatu dengan korang semua... So di sini Leha ada share lirik tuhh dan insyallah Leha akan share melody-nya nanti..
Check it out bebeh... ^_^

****************************************************************

Title of songs : Only For You
By Saleha Daimin.

Is this it
when I was in love ....
Every breath I acted deceitfully happy
knows your heart
Come and beautiful world ...
you take the soul of rhythm love ...

(cho):
All I want
Nothing else, just yourself ...
Imagination answers all prayers
From what I please Him ..

Does me
Ask the stars that adorn the night sky ...
Am I for it ..
I was hoping his love for me ..

(cho):
All I want
Nothing else, just yourself ...
Imagination answers all prayers
From what I please Him ..

All that I feel
Longing in his heart only for you
My heart for you ...
Just for you....

****************************************************************

Hurmm Leha akan perbaiki semula lirik ini (sekiranya ada kesalahan ayat atau tidak sesuai)... Maklumlahh kan apa yang kita buat ini tak semestinya perfect kan heehehhe
By the way you all, Insyallah Leha akan share juga melodinya bila dah siap sepenuhnya okey... ^_^
Nantikan lirik ciptaan Leha yang ke-2 yang akan menyusul nanti...
Keep iN t0ucH yahh.. :)

Isnin, 27 Jun 2011

SEJARAH TAMADUN ISLAM

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Hari ini Aci nak share story mengenai Tamadun Islam suatu ketika dahulu...
Ermmm alaaa setakat nak share infomasi yang Aci sempat belajar masa Tingkatan 6 rendah pada 2009... Okey, bolehh Aci mulakan sesi refreshing mengenai Sejarah Tamadun Islam....



TAMADUN ISLAM

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah...

ASAL USUL TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M.

PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN BARAT

Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam??

MENGAPA SUASANA MAJU TIDAK TERJADI DI ALAM MELAYU..

Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi? Cubalah bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan orang Melayu terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.
Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai "akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.
Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad ke-13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.
A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim Mystics and Historical Writing) mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan ini:
"Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memeliharakan penyatuan Masyarakat Islam diserah kepada ahli-ahli sufi, iaitu suatu perkembangan yang tertimbul daripada perhubungan yang rapat di antara kalangan sufi Sheikh serta pengikut-pengikutnya, semangat mubaligh sufi, dan asas popular pergerakan itu. Mazhab sufi semakin menjadi asas yang stabil dan berdisiplin dan sebahagiannya menyebar ke kawasan yang luas." (dipetik oleh A H Johns 1993, 39).
Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.
Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah Qadariyyah, Rifaiyyah, Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyyah (Naguib, 1963, 32).
Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).
Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan untuk bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu — Indonesia yang maha luas itu.
Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentalitas rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan masyarakat. (1993, xi)
Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan. Selain itu ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-lain terus dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan mengembangkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995, 17)
Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan cerita-cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.
Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat. Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.
Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.
Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk mengetahui buku-buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera, fekah, usuluddin, tasawuf, kisah nabi-nabi dan sebagainya bolehlah membaca buku Tengku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat menyeluruh tentang tajuk yang dibicarakan di atas. Setelah mengesan sejarah dan perkembangan pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, penulis berpendapat senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-legar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan oleh faham ketuhanan, kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini. Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat.
Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat Melayu di daerah ini.
Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasan-gagasan saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia, optik, dan muzik.
Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat pengajian tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258, maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan saintifik, sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddin dan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke Nusantara.
Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada Islam bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.
Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah.

Perkara yg penting untuk di ingati tentang Islam

Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar

Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji

Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha

Hukum
Al-Quran · Sunnah · Hadis

Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah

Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi

Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali


Budaya Dan Masyarakat

1.Akademik · Haiwan · Seni
2.Takwim · Kanak-kanak
3.Demografi · Perayaan
4.Masjid · Dakwah · Falsafah
5.Sains · Wanita · Politik

Isnin, 6 Jun 2011

Tragedi Double Six, 6th Jun 1976



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Ada kawan-kawan yang mungkin tidak tahu apa itu Tragedi Double 6.
Kisah nihh kita share2 jelahh aek... Lagipun kisah ini dikongsikan untuk peringatan pada hari ini iaitu 6 Jun 2011

Secara ringkasnya, Double 6 Tragedy ini menjadi tragedi setelah berlakunya nahas kapal terbang pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Come on la, tidakkah kamu rasa tragedi tersebut merupakan KONSPIRASI?





Aku masih belum lahir pada masa itu, tapi cerita berkenaan Double 6 masih segar di kalangan keluarga dan sahabat handai Tun (sedih pulak ungkit cerita lama ni…). Ada teori yang boleh kita search dari internet (mengikut cerita orang) kononnya pesawat tersebut kehabisan petrol dan terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan, ada juga yang menuding jari berpunca kelalaian juruterbang, manakala Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan. Apa pula pendapat kamu semua? Tidakkah teori mereka itu SANGAT MERAGUKAN apabila kotak hitam tidak dijumpai??!!! Cuba fikir baik-baik. Siapa yang berkepentingan dalam hal ini?

Korban Tragedi Nahas:
1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)


Mengikut cerita lisan yang saya dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Tun mempunyai banyak syarat dalam kemasukan Sabah ke dalam Malaysia. Negeri kita tidak semiskin ini kalau Tun tidak meninggalkan rakyatnya lebih awal…

Mengikut perkiraan aku pula, mungkin ada pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri untuk singkirkan Tun demi untuk mendapatkan kepentingan minyak dan sumber dari Sabah termasuk kayu balak yang banyak (tanyalah pada Ku Li bertapa kayanya Negeri Sabah ketika itu). Tidak mustahil jika ada pihak yang mahu singkirkan Tun dengan cara paling cepat dan hapuskan bukti begitu saja. Kalau boleh, dalam sejarahpun tidak dikenang. Sialan kan?

Persoalan saya masih belum terjawab. Kalau tragedi tersebut merupakan kemalangan, maka kotak hitam boleh menjadi bukti (malangnya kotak hitam tidak ditemui). Kalau ia merupakan konspirasi, siapakah dalang di sebaliknya? Ada berani jawab?


UPDATE (Thanks for xccal from sabahforum.com)




Arrow point to the place of old kk airport.




2 teams of experts doing investigation on crashed plane.




searching…?




Body of crashed plane.



Discussion..?






Body of crashed plane view.






Pay their last respects before burial in accordance with their religious

Khamis, 7 April 2011

The Potraiture Philosophy

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blogger Leha...
Terima kasih kerana anda sentiasa mengikuti setiap cerita dalam blogger
"It's All about My Life Stories"... So, hari ini Leha nak cerita mengenai karya Leha yang ke-2 dalam dunia fotografi iaitu Potraiture Philosophy atau dalam bahasa melayu gambar potret. Bagi Leha, nak ambil gambar potrait nihhh macam susah sikit sebab tak biasa ambil jenis macam nihh kan... Leha nihh berjiwa street tapi pelan-pelan belajar benda baru. Manalah tahu kan suatu hari nanti insyallah akan ada yang lebih menarik lagi yang akan Leha dapat.... So Leha akan sertakan beberapa buah gambar yang kira bolehlah kot untuk dipamerkan pada korang...



Gambar ini Leha ambil masa tamu di Gaya Street pada hari sabtu lepas (3 April 2011).
Leha rasa inilah gambar firstime Leha yang kira boleh laaa kowtt... hahhaahahah (sebenarnya Leha belum mengenali gender potret ni sangat) But will beter try then minta orang lain komen tentang apa yang kita hasilkan. Then, kritikan daripada orang lain akan ajar kita how to perbaiki mana yang kurang dan mana yang perlu ditingkatkan.. If dah okey, tingkatkan lagi usaha perbaiki dan sentiasa rujuk dengan orang yang mahir dalam bidang ini. Tak salah rujuk dengan orang yang pakar dalam bidang ini. So, gambar kedua adalah ;-



Nihh adalah gambar insan yang amat Leha kenali. Dia nih sporting sangat bila diambil gambar. Nih yang memudahkan kerja Leha untuk jadikan dia sebagai role model pada kali ini... Gambar nihh Leha dapat masa ada kursus di luar kawasan sekolah.









Semua model nihh antara yang sporting dan Leha kenali (kecuali warga tua yang tengah tidur tuhh)... So apa pun perkembangan mengenai kehidupan Leha, Insyallah akan Leha khabarkan pada anda semua.. Insyllah kalau ada rezeki lagi, Leha akan cerita lagi okey... Maafkan Leha sekiranya karya kali ini kurang menarik dan kemungkinan besar ada yang tersinggung dengan apa yang ingin Leha kongsikan di sini.. Leha menyusun 10 jari memohon kemaafan pada korang semua... Sampai bertemu lagi cerita yang seterusnya...

Rabu, 6 April 2011

Music is our SOUL!!!

Assalamualaikum... Salam sejahtera...
Hari ini ceritanya simple iaitu mengenai MUSIK...
Musik, amat unik di hati masing-masing.. Setiap orang pasti sukakan musik yang berlainan gendernya... Macam aku nihhh sukakan semua tipe of music but black metal punya music sorry... It's non my test... hohoho... Gambar yang aku nak share di sini adalah mengenai pemuzik yang selesa dengan INDIBAND.. Mereka tidak segan mahupun malu untuk memainkan muzik kesukaan mereka.. Nihh adalah gambar yang sempat aku capture hari tuhh...




Best kan tengok orang buat perfomance di tepi jalan tuhh... Laa kira promote muzik tempatan (Sabahan Country)... So, kita kenalah sokong juga muzik tempatan nihh... Siapa taknak support muzik tempatan (apatah lagi pemuzik di negeri sendiri kan...)
Nihh aksi-aksi menarik mereka..






Best rasanya lihat mereka perform masa tuhh... (nasib baik aku tak berani request lagu masa tuhh..hahahah..) But anywhere CINTAILAH dan SUPPORT-lah MUZIK TEMPATAN yeeerrkkk.. SABAHAN Musican memang BOLEH dan MANTAP...
Peace no WAR.... (My soul is Music)

Isnin, 4 April 2011

PERCUTIAN KE KUALA LUMPUR 26 - 30 DISEMBER 2010

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia u'alls...
Heheheh... Nihh sebenarnya crita lama tapi saja nak imbas kembali percutian balik Kuala Lumpur hari tuhh... Hoho berjalan-jalan cari ketenangan (sebenarnya ada urusan Seri Paduka Baginda) tapi telampau kesyokan berjalan-jalan kan... Sekali tidak sempat urus hoho so abaikan seja urusan tuhh miahahaha... Pandai kan..hohohohohohohohho....

Nahh nihh adalah kenangan time di sana dengan Aunty, Uncle juga Cousin...
1st place kami jalan-jalan di Melaka, Tanah bersejarah Melayu...



Nahhh Sekali keluar gaya seorang rokers.. Miahahahaha....
heheheh yang bangunan merah tuhh adalah Gereja pertama kalau laa tak silap fakta nihh... Hoho...



Cousin dan Aunty... (he's mom)
Nihh sepupu aku yang nakal lagi sporting... Aunty juga serononk lihat gelagat kami sepanjang bercuti-cuti Malaysia...



Hah gambar nihh Uncle aku dengan gaya 'poyo'nya panjat benteng pertahanan British... Pengunjung yang datang masa tuhh memg tersenyum melihat gelagat kami (macam orang yang tak pernah datang kat sana) hahahah alaaaaaa sengaja laaaa buat kecoh (Cousin ku kata gituhh).... Dan macam-macam lagi tempat yang kami kunjungi...







Hurmm sebenarnya banyak gambar kenangan tapi cuma ini yg larat aku masukkan dalam blog... tapi gambar last nihhh buat aku sentiasa ingat sampai sekarang...



Nihh adalah bukti bahawa negara kita telah bebas daripada jajahan orang asing..
So, cintailah negara kita "MALAYSIA"..
Cintai keamanan dan hindari perbalaan..

Street Philosophy at Tamu Gaya Street, 3rd April 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera u'alls... hehehe...
Harap korang sentiasa dalam keadaan sihat selalu dan sentiasa happy tak kira di mana jua anda berada... Hurmmm seperti yang aku janjikan kini tibalah masa untuk sharing story apa yang aku dapat time pergi Street dengan kawan-kawan yang seangkatan dengannya di Gaya Street ( Tamu Gaya Street, setiap hujung minggu ).... Best gila di sini...
Bukan setakat orang tempatan berniaga di sini tetapi ada juga aktiviti yang akan di anjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan negeri Sabah. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti menyanyi, bermain alat muzik tradisional, bersajak dan macam-macam lagi laaa...

Selain itu juga pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat di sini..
Best sebenarnya lihat gelagat-gelagat mereka.. Terhibur rasa hati bila melihatnya..
Rasa-rasanyalah aku tersenyum sendiri melihat gelagat mereka hahahaha...
Tapi di samping itu juga banyak pengajaran yang dapat kita praktikkan daripada apa yang kita lihat dan inilah makna KEHIDUPAN YANG SEBENAR.... Aku jadikan ini sebagai ROLE MODEL utk panduan aku dalam menjalani hidup sehari-hari... Ini adalah "PERIHAL HIDUP MANUSIA"

Cuba anda perhatikan gambar di bawah ini dan bayangkan bagaimana kehidupan anda apabila usia telah meningkat... Adakah kita masih larat dan berkesempatan berjalan-jalan seperti mereka yang telah berusia??... Renung-renungkan..



Jadi apakah pandangan anda??.. Biarlah anda jawab dalam hati masing-masing... Seterusnya cuba anda fikirkan dan renungkan pula gambar seterusnya...



Apakah pendapat anda dengan gambar tersebut??... Dapatkah anda rasakan apa yang aku rasakan??.....



Bagaimana pula dengan gambar di atas ini... Dapatkah anda rasakan kesusahan yang mereka lalui... Mereka berusaha untuk meneruskan kehidupan mereka seharian...
Bertungkus lumus mencari sesuap nasi... Bayangkan kehidupan mereka dan bandingkan kehidupan remaja kini, adakah mereka terfikir "MASA ITU EMAS" dan berharga? Adakah mereka sanggup harungi kehidupan sedemikian seperti insan yang ada dalam gambar tersebut??.. Semestinya tidak... Segelintir remaja hanya fikirkan hiburan dan berseronok sahaja (Ingat nak enjoy sahaja).. Mereka tidak akan terfikir mengenai betapa pentingnya "MASA dan KEHIDUPAN".. ( segelintir remaja, bukan semua )...

Ahad, 3 April 2011

Night Outing Jebat.Net Photography Community

Assalamualaikum dan salam sejahterah...
Cerita Bie pada kali ini ialah mengenai Night Outing Jebat.Net Photography Community baru-baru ini yang diasaskan oleh Bro Jebat serta Crew sekalian.. Night Outing ( 2April 2011 ), iaitu pada hari sabtu jam 8.00pm ( aku lewat sampai laaa ) kami mengadakan sesi photografer di kawasan Pasar Malam Kg. Air, Kota Kinabalu di mana masing-masing ( crew termasuk aku-la tuhh huhu ) cari inspirasi dan sesuatu yang boleh dikatakan unik di sekitar Pasar Malam tersebut.. Di bawah ini adalah hasil yang aku perolehi pada malam Outing tuhh...







Eihhh geram aku tengok budak nihh.. Kalau dapat memg nak cubit-cubit pipi budak nih pada malam tuhh... Tapi mana boleh nihh anak orang.. (Lagipun tak tahu anak siapa hohoho... kena saman baru tau..) So korang jangan ketinggalan mengikuti setiap perkembangan aktiviti harian aku dengan dunia photografi nihh aekk...
Banyak lagi yang nak dikongsikan nihh tapi aku dah tak tahu apa dan bagaimana cerita selanjutnya.. So tunggu kisah aku beraksi di GayaStreet 3 April 2011 (Gender Street juga) nih nanti ok... Sekian, terima kasih...

Sabtu, 2 April 2011

Rihanna - What's My Name ft. Drake

OMG!!!! I'm really like these songs... Arghhh....
Mau gila ja tidak dengar lagu nihh.... These song I dedication to someone
special in my life.. Hes the one that I'll be waitin' in a hole mylife.. Hes the one
that I wanted.. No one can take hes place in my heart.. Remember that...
I always waiting for you... S----L ...


Jumaat, 1 April 2011

Keindahan yang aku dapat di Waterfront Kota Kinabalu


       Betapa sukar aku nak katakan kerana inilah anugerah dari Allah S.W.T yang tiada ternilai harganya.. Takkan dapat di beli dengan wang ringgit mahupun nyawa manusia.. Ianya tetap anugerah dari-Nya, ciptaan-Nya untuk makhluk di dunia... Dan Dia amanatkan pada kita sebagai umat-Nya menjaga harta-benda kepunyaan-Nya ini dengan baik dan janganlah kita persia-siakan serta cermarkan ia dengan pelbagai kekotoran yang mencacatkan pandangan anak mata kita ... Sungguh menajubkan... Inilah yang buat diri hamba-Nya bersyukur dan redha dengan apa yang kita miliki di dunia ini walaupun hanya sementara yang dipinjamkan oleh-Nya pada kita semua....


       Saat hati dan jiwa bergelora, inilah tempat aku menghilangkan segala kesakitan yang aku hadapi... Hanya melihat keindahan ini akan terubat segala kelukaan dan kesakitan dalam diri ku.. Sesungguhnya aku berkata benar dan aku berkata sedemikian kerana ianya datang dari lubuk hatiku... Tapi semua ini kalian boleh menilaiinya sendiri...Kunjungilah Waterfront Kota Kinabalu untuk menikmatinya sendiri, carilah ketenangan anda disini... Kawasan ini kelihatan indah sekitar jam4.00pm -> jam7.00pm

Cerita Langkawit - yang lucu (Dusun komik)

Assalamualaikum dan salam sejahtera you all...
Hari nihh Bie nak share cerita lawak dusun yang amat terkenal dari dulu hingga kini..
Di samping itu juga boleh kita lihat moral daripada komik dusun nih (dan bley juga kita belajar bahasa dusun)... Sama-sama kita baca yaa... Karya asli daripada LANGKAWIT.. Selamat membaca semua... ^.^

Setelah anda membacanya tentu anda tahu apa moral yang ingin disampaikan oleh pengkarya komik LANGKAWIT nihh kan... So renung-renungkanlah ye..
























































Thanks to karya Langkawit kerana menghasilkan karya yang tidak ternilai harganya....
Apa pun HIDUP karya SABAH.... Majulah Sabah demi nusa dan bangsa...